Trend dan Sikap Masyarakat Terhadap Makanan Sunnah

Siti Atikah Pauzi, Zul’azmi Yaakob, Wan Haslan Khairuddin

Sari


Amalan gaya hidup Rasulullah SAW perlulah diimani, diyakini, dipercayai seterusnya diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan. Salah satu gaya hidup Rasulullah SAW yang seharusnya diikuti adalah dalam aspek pemakanan. Dari aspek pemakanan Rasulullah, terdapat beberapa jenis makanan yang menjadi kesukaan dan kegemaran Rasulullah SAW. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan menilai sejauhmana tahap kefahaman masyarakat di Kajang, Selangor terhadap makanan sunnah. Seramai 32 orang responden telah menjawab instrumen soal selidik yang diberikan secara langsung (bersua muka). Kajian ini berbentuk kajian kajian kuantitatif. Dapatan kajian dianalisis menggunakan metode analisis diskriptif yang dijelaskan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan purata (min). Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat mempunyai suatu pandangan yang sama iaitu stereotaip mengenai maksud makanan sunnah iaitu makanan yang telah di makan oleh Rasulullah SAW dan makanan yang disebut dalam al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, apa yang boleh dilihat, makanan sunnah yang difahami oleh masyarakat hanya tertumpu kepada sebahagian sahaja makanan yang disebut di dalam al-Quran dan sunnah.

Kata Kunci


Sunnah, pemakanan, makanan sunnah

Teks Lengkap:

PDF

Referensi


Fauzi Mustaffa. 2014. Rahsia Makanan Sunnah. Selangor: Saffron Integrated Marketing Sdn.

Khadher Ahmad, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Monika @Munirah Abd Razzak, Siti Sarah Izham & Mohd Farhan Md Ariffin. 2015. Salah Faham Terhadap Istilah Makanan Sunnah dalam Kalangan Masyarakat Islam di Malaysia: Satu Analisis dlm Salah Faham terhadap Sunnah: Isu dan Penyelesaiannya. Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan Hadith Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Md Asham Ahmad. 2015. Persepsi dan Hakikat Pemakanan Sunnah dlm Makanan antara Sunnah dan Sains. Kuala Lumpur. Penerbit IKIM.

Mohamed Jusoh. 1986. Prinsip Utama Makanan dan Minuman dalam Islam. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.

Norkumala Awang. 2013. Makanan Sunnah: Justifikasi Pembuktian Saintifik di petik dari laman web http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8803-makanan-sunnah-justifikasi-pembuktian-saintifik 29 Febuari 2017

al-Jauziyyah, Ibn al-Qayyim. 1991. al- Ṭibb al- Nabawiyy. Makkah: Maktabah al-Nahḍah al-Ḥadīthah.

Siti Fairuz Sujak, Noor Syahida Md Soh, Azizah Md. Kasah, Siti Zaleha Syafiee, Noraishah P. Othman, Rohaya Sulaiman, Nor Fazlin Uteh & Zuliana Zoolkefli. 2015. Pemahaman Serta Pengamalan Makanan Sunnah dan Sunnah Pemakanan Warga Universiti Teknologi Mara (UITM) Johor kampus Pasir Gudang. Prosiding of the 1st International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2015), hlm. 335-345.

Sayidah Asma Basir, Muhammad Remy Othman & Khadher Ahmad. 2016. Legal Issue in Sunnah Food Lebeling. What’s in a Name? dlm Penyelidikan Tentang Makanan Perspektif Nabawi dan Saintifik. Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Wan Nasyrudin Wan Abdullah. 2016. Selamat Pagi Malaysia (SPM): Bingkisan Apa itu Makanan Sunnah? Di petik dari laman web https://www.youtube.com/watch?v=rv756TARewQ 20 April 2017


Refbacks

  • Saat ini tidak ada refbacks.


ISSN No: 2338-512X
e-ISSN No: 2477-619X

Supported by :


Jurnal Online
Management Jurnal Elektronik



Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah
Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia




Indexed by :