Persepsi Pelajar Institut Profesional Baitulmal Terhadap Permohonan Bantuan Zakat Pendidikan MAIWP

Nor Farahain Binti Saud, Hasanah Binti Abd Khafidz

Sari


Pendidikan merupakan mekanisme penting dalam melahirkan generasi yang bebas dari kemiskinan. Kepelbagaian skim dan bentuk bantuan zakat di bawah program pembangunan pendidikan membuka peluang kepada pelajar asnaf untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Atas dasar itulah pihak institusi zakat berusaha menyediakan garis panduan tertentu agar ia benar-benar dapat dimanfaatkan dan memberi impak yang maksimum kepada penerimanya. Walau bagaimanapun, asnaf zakat perlu bijak dalam menggunakan bantuan pendidikan dengan sebaik-baiknya agar objektif sebenar zakat tercapai. Penelitian terhadap kajian lepas mendapati faktor keberkesanan prosedur permohonan mempengaruhi tahap purata kepuasan asnaf terhadap agihan dan seterusnya mempengaruhi kualiti hidup asnaf secara signifikan. Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur persepsi pelajar Institut Profesional Baitulmal terhadap bantuan zakat pendidikan MAIWP dari sudut prosedur permohonan. Metodologi kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif. Pengkaji menggunakan instrument soal selidik dan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23 dengan teknik-teknik berbentuk deskriptif. Kajian ini melibatkan 138 orang pelajar yang menerima bantuan zakat di Institut Profesional Baitulmal dalam program Homegrown dan program Usahasama Universiti Teknologi Mara (UiTM). Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar IBP terhadap proses permohonan bantuan zakat pendidikan MAIWP melalui proses temuduga (4.48) berada pada tahap skor min yang tinggi.

Kata Kunci


Persepsi; Pelajar; Institut Profesional Baitulmal; MAIWP; Zakat Pendidikan

Teks Lengkap:

PDF

Referensi


Al-Quran al-Karim & Terjemahan. Al-Quran Darul Iman. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd.

Al-Qaradawi dan Yusuf. 1969. Fiqh al-Zakah Dirasah Muqaranah li Ahkamihawa Falsafatiha fi Daw’ al-Quran wa al-Sunnah. Mohd Shukri Hanapi dan Zahri Hamat. Perakaunan Zakat Pertanian di Malaysia: Analisis dari Perspektif Cendiakawan Islam Klasik dan Kontemporari. hlm 2. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Aza Shahnaz Azman, Noraini Shamsuddin dan Teh Suhaila Tajuddin. 2016. Kajian Kualiti Hidup Asnaf di Selangor: Pengaruh Faktor Keberkesanan Prosedur Permohonan dan Penyerahan bantuan. Proceeding of The 2nd International Conference on Economics & Banking 2016 (2nd ICEB) 24th-25th May 2016.

Azman Ab Rahman dan Mohd Faez Abu Bakar. 2017. Polisi Zakat Untuk Pendidikan di Malaysia: Suatu Kajian ke Arah Pembentukan Model Institut Pendidikan. Vol. 10, No.1, pp. 1-15 Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa., ISSN: 2232-1047.

Azman Ab Rahman, Tengku Mansur Tengku Zainal Abidin dan Zulhilmi Mohamed Nor. 2017. Penentuan Had Kifayah Zakat Berdasarkan Maqasid Syariah. Vol. 2, No. 1, pp. 48 – 53, Jurnal Sains Insani, Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan, Malaysia.

Ishak Yussof, Zulkifly Osman dan Zainizam Zakariya. 2009. Perkembangan Pendidikan Tinggi dan Kepentingan Memenuhi Keperluan Pasaran. dlm Katty hsiao Jia Wong, Ti Ching Yan dan Jnaice Lay Hui Nga. Kemiskinan dan Pendidikan: Kesan dan Cabaran di Kalangan Belia Malaysia Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). 2007. Manual Pengurusan Agihan Zakat. Kuala Lumpur: JAWHAR.

Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Sarjana Falsafah. Jabatan Asas Penyelidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

McMahon, W. W. 1998. Education and Growth In East Asia. Economics of Education Review 17 : pp. 159-172.

Hasnah Ali, Luqman Ahmad, Sanep Ahmad dan Noraziah Ali. 2009. Keperluan, Kepentingan dan Sumbangan Perancangan Pendidikan dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia. Volume 4, Number 1, 13-29.

Mohamed Dahan Abdul latif. 1998. Zakat management and Administration in Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Seminar of Zakat and Taxation di Universiti Antarabangsa Malaysia. Aza Shahnaz Azman, Noraini Shamsuddin dan Teh Suhaila Tajuddin. 2016. Kajian Kualiti Hidup Asnaf di Selangor: Pengaruh Faktor Keberkesanan Prosedur Permohonan dan Penyerahan Bantuan. Prosiding of the 2nd International Conference on Economics & Banking 2016 (2nd ICEB) 24th-25th May 2016.

Muhammad Farid Adnan dan Izwan Harith Md Ithnan. 2016. Agihan Zakat Melalui Pendidikan Menerusi Anak Syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP): Suatu Pengalaman Institut Profesional Baitulmal (IPB). (penyt). Jabatan Wakap, Zakat & Haji (JAWHAR). Jurnal pengurusan JAWHAR. Vol. 11 No. 1, 2017.

Muhsin Nor Paizin. 2014. Perlaksanaan Zakat di Wilayah Persekutuan: Satu Pemerhatian Terhadap Operasi Kutipan & Agihan Zakat. Bangi: Penerbit Ukm, Ukm Press.

Mujaini Tarimin. 1999. Zakat Pertanian, Sistem dan Perlaksanaannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mujaini Tarimin. 2005. Zakat Menuju Pengurusan Profesional. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Najibah Mustaffa dan Mohd Zamro. 2014. Pengurusan Wakaf Pendidikan di institut pengajian Tinggi di Malaysia: Satu Sorotan Literatur. International of Islamic and Civilization Studies vol. 1, no. 1, pp. 45-57.

Norfariza Mohd Radzi dan Nur Aliza Ahmad. 2017. Peranan Zakat dalam Meningkatkan Ekuiti dalam Pendidikan Anak-anak Miskin Bandar di Malaysia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan Julai 2017, Bil. 4, Isu 3.

Ringkasan Laporan Tahunan Pusat Pungutan Zakat MAIWP. 2014. https://www.zakat.com.my/info-ppz/laporan/buku-laporan/#1499223957062-62b4a2fd-95f6

Ringkasan Laporan Tahunan Pusat Pungutan Zakat MAIWP. 2016. https://www.zakat.com.my/info-ppz/laporan/buku-laporan/#1499223957062-62b4a2fd-95f6.

Syed Othman al-Habshi. 1988. Peranan Zakat Dalam Membantu Pembangunan Ekonomi Negara. dlm Bahruddin Sayin, Azri Bhari dan Mohd Afandi Mt Rani. 2016. Analisis had Kifayah Semasa di Malaysia: Satu Semakan Semula.

Yusuf al-Qaradawi. 2011. Fiqh al-Zakah. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.

http://www.ipb.edu.my/

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kos-sara-hidup-2017-dijangka-meningkat-1.605134

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_07.htm

https://www.moe.gov.my/images/pekeliling/2002/circularfile_file_000829.pdf

https://engine.um.edu.my/docs/librariesprovider17/forms-and-circulars-accreditation-guidelines/pelanstrategikpengajiantinggi2020.pdf?sfvrsn=2

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_06.htm

http://www.ptptn.gov.my/docs/Berita_PTPTN/BERITA%20HARIAN_080710.pdf

http://www.maiwp.gov.my/i/images/maiwp/risalah/Agihan-Zakat-MAIWP-2014.pdf

http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=PERSEPSI

http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=PENDIDIKAN


Refbacks

  • Saat ini tidak ada refbacks.


ISSN No: 2338-512X
e-ISSN No: 2477-619X

Supported by :


Jurnal Online
Management Jurnal Elektronik



Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah
Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia




Indexed by :