Kajian Kes Pengambilan Tanah Wakaf di Kedah: Cadangan Penambahbaikan

Siti Arifah Binti Abdul Kader, Wan Ibrisam Fikry Bin Wan Ismail

Sari


Di Malaysia, mutakhir ini pengambilan tanah giat dilakukan oleh pihak berkuasa untuk melaksanakan beberapa siri projek – projek pembangunan. Antaranya seperti penambahbaikan dalam jaringan pengangkutan, pembangunan projek-projek perumahan dan pelbagai lagi projek dalam fasa pembinaan. Tidak terkecuali, pengambilan tanah ini melibatkan tanah yang berstatus wakaf apabila Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 digunakan bagi pengambilan tanah wakaf. Persoalannya, sampai bilakah pihak kerajaan akan terus melakukan pengambilan tanah wakaf ini?. Oleh yang demikian, suatu kajian telah dijalankan dengan menganalisis beberapa kes-kes pengambilan tanah wakaf di negeri Kedah. Pada setiap kes-kes pengambilan tanah wakaf ini terdapat isu dan masalah yang telah berlaku sepanjang proses pengambilan tanah wakaf ini. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan bagi isu dan masalah dalam pengambilan tanah wakaf di negeri Kedah. Proses pengumpulan data adalah melalui data primer iaitu data yang diperoleh hasil daripada temu bual dan data sekunder iaitu data yang diperoleh daripada sumber dokumen, buku, artikel dan jurnal. Data daripada temu bual dianalisis menggunakan teknik analisis secara kandungan manakala data daripada sumber dokumen iaitu kajian kes dianalisis menggunakan teknik analisis secara diskriptif dan naratif (quote). Hasil daripada kajian ini mendapati perlunya pindaan dilakukan pada Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960.

Kata Kunci


Pengambilan Tanah Wakaf; Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960

Teks Lengkap:

PDF

Referensi


Afiffudin Mohammed Noor dan Mohd Ridzuan Awang (2013). Pelaksanaan Istibdal Wakaf di Negeri Kedah, Islamiyyat 35(1). 2013.

Che Zuina Ismail, Nor Hidayah Harun dan Hapiza Omar (2006). Isu Perundangan Wakaf : Kajian Penambahbaikan dalam Pengurusan.

Mohd Afandi Mat Rani. (undated). The Implementation of Land Acqusition Act (LAA) 1960 and Its Impact Against The Development Of Waqf (Endowment) Land In Malaysia.

Zaydan Abd Al-Karim (1994). Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

Temu bual dengan Prof. Madya Dr Hj. Ismail Bin Hj. Omar, Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan Harta Tanah, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, UTHM, Johor, pada 1 November 2015, 5 November 2015, 14 Januari 2016 dan 27 Mac 2016 bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan di Alor Setar, Kedah.

Temu bual dengan Prof. Hj. Salleh Bin Buang, Penasihat dan Pakar Dalam Pengambilan Tanah Di Malaysia, pada 5 November 2015 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar Kedah.

Temu bual dengan Pn. Nor Hairani Binti Saad, Pegawai Hal Ehwal Islam (S29/32) / Bahagian Wakaf MAIK, pada 14 Januari 2015, 12 November 2015, 12 Mei 2016, 27 September 2016, 19 Disember 2016, 16 Januari 2017 dan 8 Februari 2017 bertempat di Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).

Temu bual dengan Tn. Hj. Fakhruddin Bin Abd. Rahman, Pegawai Tadbir/Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), pada 16 Februari 2017 bertempat di Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Temu bual dengan Pn. Hamzath Bahiyah Binti Abdul Kader, Pengamal Undang-Undang (Peguambela dan Peguam Syariah), pada 23 Februari 2017 bertempat di Sungai Petani, Kedah.

Temu bual dengan Cik Ambar Nasiha Binti Abd Rahman, Penolong Pengarah JKPTG (N41), pada 25 Februari 2017 bertempat di Alor Setar, Kedah.

Temu bual dengan En. Rijal Saffuan Bin Abdul Jamal, Perancang Bandar pada 24 Februari 2017 bertempat di Jitra, Kedah.


Refbacks

  • Saat ini tidak ada refbacks.


ISSN No: 2338-512X
e-ISSN No: 2477-619X

Supported by :


Jurnal Online
Management Jurnal Elektronik



Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah
Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia




Indexed by :