Pengajian Hadith di Masjid Malaysia

Mohd Amru bin Isa, Najah Nadiah Amran

Sari


Di Malaysia, pengajian hadis telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kajian ini iaitu untuk mengkaji isu dan masalah pengajian hadis di masjid Malaysia Proses pengumpulan data adalah melalui data primer iaitu data yang diperoleh hasil daripada temu bual dan data sekunder iaitu data yang diperoleh daripada sumber dokumen, buku, artikel dan jurnal. Daripada penulisan yang telah dilakukan penulis dapat menyimpulkan bahawa pengajian hadith pada hakikatnya bermula pada zaman Rasulullah SAW. lagi sehingga disambung oleh generasi para sahabat seterusnya tabiin dan tabi’ tabiin. Kajian ini juga menyentuh pengajian hadith yang berlangsung di Malaysia ia tertumpu kepada cabaran yang dihadapi oleh Negara Malaysia dalam menyampaikan sesebuah hadith, cabaran tersebut merangkumi pemeliharaan kesucian hadith dan menyekat penyebaran hadith palsu. Dalam pada itu institusi masjid berperanan sebagai pusat ibadat dan penyebaran dakwah. Pengajian hadith merupakan sebuah medium penyampain dakwah yang begitu penting kepada masyarakat untuk mewujudkan kefahaman dan pemeliharaan khazanah hadith serta kitab-kitab hadith. Dalam bab ini juga menyatakan kitab-kitab yang digunakan dalam pengajian hadith di masjid. Antara kitab yang digunakan oleh institusi masjid dalam menyebarkan dakwah adalah kitab Riyadhus Salihin, hadith 40 Imam al-Nawawi, Bulughul Maram, Bahrul Madhi dan Mastika Hadith. Disamping itu juga penulis membawakan tokoh-tokoh yang telah bergiat aktif dalam penyampaian pengajian hadith di masjid-masjid. Diantara ulamak tersebut seperti Maulana Tok Khurasan, Maulana Asri Abdul Hamid dan Dr Abdul Hayei Abdul Sukor, ketokohan mereka dalam meyampaikan dakwah dalam pengajian hadith tidak dinafikan bahkan mendapat sambutan yang agak baik oleh pengurusan masjid dan masyarakat. Kebiasaanya metod yang digunakan oleh penceramah atau tenaga pengajar di masjid-masjid hampir sama salah satunya adalah dengan membaca kitab hadith, pengajian hadith berbentuk tematik, tidak tertumpu kepada kitab iaitu mencakupi ilmu syariah akidah dan akhlak, dan penyampaian lebih kepada memberi kesedaran dalam agama Islam.

Kata Kunci


Pengajian Hadis; Pengajian di Masjid Malaysia

Teks Lengkap:

PDF

Referensi


Al-Khatib, Muhd ‘Ajjaj (1988), al-Sunnah Qabl al-Tadwin, Maktabah Umm al-Qura li Tiba’ah wa al-Nasyr.

Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, darul ibnu kathir, damsyik Beirut.

Shaykh 'Ali Muhammad Mukhtar (2003), Penman Masjid Dalam Islam (terj. YADIM), cet. 2, Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah lslamiah Malaysia.

Kausar Niazi (1976), The Role of Mosque in Islam, Riyad: Darussalam, h. 10.

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi (1998), The Mosque as a Community Development Centre, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia, h. 128.

Sidi Gazalba (1971), Masdjid Pusat Pembinaan Ummat, Djakarta: Pustaka Antara.

Muhammad bin Umar Bazmul, (t.t), ‘Ilm Syarh al-Hadith wa Rawafid al-Bahth fihi. t.p.

Al-Qaradawi, Yusuf (1986), Thaqafah Al-Da`iyah, c. 8. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Al-’Ahdal, Muhammad bin ’Ahmad bin Abd al-Ba:ri: (1359 H), Al-Kawa:kib al-Durriyyat cAla: al-Mutammimat al-’Ajru:miyyat, j.1. Mesir : Mustafa: al-Ba:bi al-Halabi:

Imam Al-Nawawi (2008). Matan Al-Arbain An-Nawawi (text, translation and notes). Cet 3. Petaling Jaya : Islamic

Muhammad Idris Al-Marbawi (2008). Bahru Al-Madzi Syarah Mukhtasar Shahih Al-Tirmizi. Cet 2. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publication.

Al-‘Asqalani, Kitab Tahdzib Al-Tahdzib, Juz I,(Libanon:Baerut, t.t), hlm.1

Al- Shan’any, Subul Al-Salam, Juz I, (Libanon, Beirut, t.t), hlm.1, Ensiklopedi Islam.

Ibnu hajar al-asqalani (2014), Bulughul Maram. Saudi: Darul Tauzi’.

Wan Ramizah binti Hasan (2000). Sumbangan Sheikh Abdullah Basmeih dalam Bidang Tafsir: Kajian Khusus Terhadap kitab Tafsir Pimpinan Al-Rahman, Tesis MA, University Malaya, Kuala Lumpur.

Jaafar Abdul Rahim (1979). Tokoh Bulan Ini, Sheikh Abdullah Basmeih Pengarang Yang Tidak Pandai Menaip, Majalah Dewan Siswa, Julai, hlm: 5.

Mohd Farid Ravi Abdullah. (t.t). Syeikh Abdullah Basmeih bin Muhammad Basmeih: Kajian Terhadap Mastika Hadis. Institute kajian hadis. Kolej University Islam Selangor.

Mohd Army Bin Yusof (2011). Pengajian Hadith Di Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling, Kuala Lumpur. Tesis Ijazah Sarjana Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Al-Khatib, Muhd ‘Ajjaj (1988), Al-Sunnah Qabl Al-Tadwin, Maktabah Umm al-Qura li Tiba’ah wa al-Nasyr.

Fauzi Deraman, Ishak Hj Sulaiman, Faisal Ahmad Shah (2010). Pengajian hadith di Malaysia Tokoh-Karya-Institusi. Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam: University Malaya, Kuala Lumpur.

Abdul Hayei Abdul Sukor (1988), Sejarah Pengajian Hadith di Kota Bharu. Kelantan: Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Ismail Che Daud (1988), Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu. Kelantan: Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.


Refbacks

  • Saat ini tidak ada refbacks.


ISSN No: 2338-512X
e-ISSN No: 2477-619X

Supported by :


Jurnal Online
Management Jurnal Elektronik



Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah
Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia




Indexed by :