Sari
Hukum Islam membolehkan mengangkat anak namun dalam batas-batas tertentu iaitu selama tidak membawa akibat Hukum dalam hal hubungan darah, hubungan pewalian dan hubungan pewarisan dari orang tua angkat. Ia tetap menjadi ahli waris dari orang tua kandungnya dan anak tersebut tetap memakai nama dari ayah kandungnya. Di Indonesia, perundangan wasiat ini diatur dalam Kompilasi Hukum Islam. Fasal 209 Kompilasi Hukum Islam memperuntukan bahawa terhadap anak angkat yang tidak menerima wasiat diberi wasiat wajibah sebanyak-banyaknya 1/3 dari harta warisan orang tua angkatnya. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji fasal 209 untuk membandingkan antara Kompilasi Hukum Islam dengan Hukum Islam berdasarkan pandangan fuqaha dan hujah-hujah mereka. Kajian ini mengunakan kaedah analisis kandungan. Data-data dikumpul mengunakan kaedah analisis dokumen primer, sekunder dan perbandingan . Hasil kajian mendapati bahawa Hukum Islam memperbolehkan mengangkat anak namun dalam batas-batas tertentu iaitu selama tidak membawa akibat Hukum dalam hal hubungan darah, hubungan pewalian dan hubungan pewarisan dari orang tua angkat. ia tetap menjadi ahli waris dari orang tua kandungnya dan anak tersebut tetap memakai nama dari ayah kandungnya. Sedangkan Kompilasi Hukum Islam menegaskan bahawa anak angkat atau orang tua angkat tidak ada hubungan pewarisan. tetapi sebagai pengakuan mengenai baiknya lembaga pengangkatan anak ( Jabatan Kebajikan Masyarakat) , hubungan antara anak angkat dengan orang tua angkatnya dikukuhkan dengan perantara wasiat atau wasiat wajibah. Kesan kajian ini ialah agar hakim pengadilan agama berani untuk menerapkan Hukum yang jelas kepada masyarakat sesuai fasal 5 ayat 1 undang-undang Nombor 48 Tahun 2008 tentang materi-materi kekuasaan kehakiman yang berbunyi: Hakim dan hakim konstitusi wajib mengali, mengikuti, dan memahami nilai-nilai Hukum rasa keadilan yang jelas dalam masyarakat.
Referensi
Al-Qur’an.
Amin Husein Nasution. Hukum Kewarisan. cetakan Pertama. Jakarta. Rasa Grafindo Persada. 2012.
Amrullah Ahmad. Dimensi Hukum Islam dalam sistem Hukum Nasional. cetakan kedua. Jakarta. Gema Insani Press. 1996.
Andi Syamsu dan M.Fauzan. Hukum pengangkatan Anak Perspektif Islam. Cetakan Pertama. Jakarta. Pena Media. 2008.
Departemen Agama RI Direktorat Jenderal Pembinaan Kelembagaan Agama Islam, Kompilasi Hukum Islam. jakarta. 1999.
Fahmi al-Amruzi. Rekontruksi Wasiat Wajibah dalam Kompilasi Hukum Islam, Cetakan Kedua. Yogyakarta. aswaja Pressidon. 2014.
Mohamad Daud Ali, Hukum Islam. cetakan kesebelas. Jakarta. PT Raja Grafindo Preseda. 2004.
Mustofa al-Khin. Mustofa al-Buqha & Ali al-Sharbaji. 1428H/2007. Hlm. 253. al-Sharbini. Shamsuddin Mohammad al-Khatib al-Sharbini. Iqna’.
Mustofa Hasan, Pengantar Hukum keluarga, Cetakan Pertama, Bandung, Pustaka Media, 2011.
Mustofa. Pengangkatan anak kewenangan Pengadilan Agama. Cetakan Pertama. bandung Pustaka Media. 2011.