Analisis Mesej Dakwah Dalam Filem Munafik (2016)

Muhammad Muhaimin Zainal Abidin, Rosmawati Mohamad Rasit

Sari


Penyampaian dakwah pada hari ini perlu dipelbagaikan agar dapat menarik minat masyarakat awam untuk mendalami ilmu ukhrawi secara tidak langsung. Antara salah satu cara penyampaian dakwah yang relevan pada saat ini adalah dengan menerapkan mesej dakwah dalam filem-filem yang diterbitkan. Namun, persoalan yang wujud adakah terdapat mesej dakwah yang berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah di dalam sesebuah filem. Justeru, kajian ini akan menganalisis mesej dakwah yang terdapat di dalam filem Munafik (2016). Selain itu, pengkaji juga akan turut meneliti tentang cerita dan plot serta watak dan perwatakan yang terdapat di dalam filem kajian. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan secara kualitatif. Borang pengekodan digunakan dalam proses pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis naratif dan analisis tematik. Hasil kajian mendapati terdapat enam mesej dakwah yang dipaparkan dalam filem kajian. Filem Munafik (2016) secara keseluruhannya dilihat berjaya memaparkan mesej dakwah walaupun terdapat beberapa babak yang ditonjolkan tidak sesuai dengan ajaran Islam yang murni.

Kata Kunci


Mesej Dakwah; Keagamaan; Filem Berunsur Dakwah; Analisis Naratif

Teks Lengkap:

PDF

Referensi


Al-Quran.

Abd al-Karim Zaidan. 1992. Usul al-Da’wah. Mesir: Dar al-Wafa’.

Ab. Aziz Mohd Zin. 2005. Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Abdul Munir Ismail. 2014. Dakwah Suatu Tuntutan dalam Islam. Tanjong Malim, Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abu Bahili an- Nahli. 1996. Akhlak Kepada Allah dan Sesama Manusia. Selangor: Pustaka Ilmu.

Asiah Sarji, & Nur Kareelawati Abd. Karim. 2011. Kajian Filem Arahan Pengarah Muda Sebagai Saluran Dakwah Di Malaysia. Dlm. Muhamad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad, & Noor Adzrah Ramle (pnyt.). Representasi Islam dalam Media, hlm. 175–94. Bandar Baru Nilai.

Asiah Sarji. 2015. Pembangunan Industri Perfileman Malaysia dalam Konteks Pendekatan Islam. Dlm. Mohd Safar Hasim (pnyt.) & Zulkifle Abd. Ghani (pnyt.). Komunikasi dan Media dari Perspektif Islam: Konsep dan Amalan, hlm. 263–226. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azhar Abdul Rahman, Che Bakar Che Mat, Mohd Nizam Sahad, Saidi Adnan Md Nor, Mohamad Zaid Mohd Zin, Mohd Syahiran Abdul Latif, Nurul Khairiah Khalid, et al. 2012. Memahami Kerangka Islam. (Azhar Abdul Rahman, Ed.). Kuala Lumpur: Penerbit UiTM, Universiti Teknologi MARA.

Fuziah Kartini Hassan Basri, Faridah Ibrahim & Mohd. Safar Hasim. 2009. Penontonan Filem Cereka di Malaysia: Tingkah Laku, Citarasa, Persepsi dan Harapan. Ampang: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Ibnu Yaacob. 2014. Rahsia Yahudi Dalam Filem. Bukit Mertajam: ES Publisher Sdn. Bhd.

Ideris Endot. 1998. Kesan Keimanan Terhadap Pembangunan Insan. Dakwah Menjana Masyarakat Madani, hlm. 12–22. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. 2009. Indahnya Hidup Bersyariat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Lee Yuan Beng & Mustafa Kamal Anuar. 2015. Kebangkitan Semula Filem Seram di Malaysia: Liberalisasi atau Komersialisasi. Antologi Esei Komunikasi: Teori, Isu dan Amalan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli, Amelia Yuliana Abd Wahab & Hani Zulaikha. 2012. The Potential of Malaysia’s Horror Movies in Creating Critical Minds: A Never Ending Philosophical Anecdote. IPEDR 48(37): 174–178.

Mohd Fadly Samsudin. 2014. Filem perlu tauhid Allah. Harian Metro.

Mohd Shukri Hanapi. 2016. Optimum Penggunaan Filem Sebagai Medium Dakwah. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia 11–13.

Munafik. 2016. Filem Seram. Malaysia: Skop Productions Sdn Bhd.

Naim Ahmad. 2011. Filem Islam: Satu Perbicaraan. Shah Alam: Uni-N Production Sdn Bhd.

Rosmawati Mohamad Rasit, Siti Rugayah Tibek, Salasiah Hanin Hamjah, Razaleigh Mohamad@Kawangit, Muhamad Faisal Ashaari & Zabidi Mohamed. 2014. Analisis Perbandingan Elemen Dakwah di dalam Filem Syurga Cinta (2009) dan The Song Of Sparrows (2008). Dakwah, Media dan Masyarakat. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syamsul Bahri Andi Galigo. 2006. Anjakan Paradigma Dakwah Dalam Menghadapi Pelampau Agama. Bandar Baru Nilai: Penerbit Kolej Universiti Islam Malaysia.

Yusuf al-Qaradhawi. 1978. Thaqafat al-Da’ieyat. Beirut: Muassasah al-Risalah


Refbacks

  • Saat ini tidak ada refbacks.


ISSN No: 2338-512X
e-ISSN No: 2477-619X

Supported by :


Jurnal Online
Management Jurnal Elektronik



Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah
Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia




Indexed by :