Amalan - Amalan Kerohanian Dalam Kalangan Pesakit Kanser Wanita

Nora Ahmad Aziz, A’dawiyah Ismail, Salasiah Hanin Hamjah

Sari


Kerohanian menurut Islam merupakan aspek penting yang perlu difahami oleh semua pesakit kanser. Ia sangat sesuai diaplikasikan oleh pesakit kanser wanita. Namun, terdapat segelintir manusia apabila menghadapi ujian kesakitan, mereka tidak redha dan sabar sehingga tiada harapan untuk meneruskan kehidupan. Selain itu, terdapat juga pesakit yang mengambil jalan pintas iaitu mendapatkan kaedah rawatan tradisional seperti bomoh, pawang dan sebagainya. Akibatnya ramai pesakit yang menganggap ujian ini sebenarnya tiada harapan lagi dan hanya menunggu ajal sahaja. Bahkan juga ada sebahagian amalan mereka jauh menyimpang daripada ajaran Islam. Hal ini menyebabkan pesakit mengamalkan rawatan yang tidak betul dan bertentangan dengan tuntutan syarak seperti mengamalkan mantera yang jelas terpesong dari akidah Islam. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji amalan-amalan kerohanian yang boleh diamalkan oleh pesakit kanser wanita. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif yang berbentuk kajian tinjauan. Data dikumpulkan menerusi borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package for the Social Science (SPSS) Version 23 berdasarkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan-amalan kerohanian amat sesuai diamalkan dalam kalangan pesakit kanser wanita seperti membaca al-Quran, berzikir, berdoa, beristighfar, qiamullail, berpuasa, mengerjakan haji dan umrah serta bermuhasabah untuk membentuk kehidupan mereka agar berterusan dengan baik.

Kata Kunci


Amalan kerohanian; pesakit kanser

Teks Lengkap:

PDF

Referensi


A. Rahman A. Jamal. 2008. Mengenali Kanser Langkah Pertama Pembasmian. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Supian. 1993. Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perubatan Moden. Selangor: Pustaka Gedung Ilmu.

Amina Noor & Kamilarini Kamalsha. 2006. Sihat Sepanjang Hayat. Kuala Lumpur: Al-Risalah Product Sdn Bhd.

Arief Budiman Abdul Aziz. 2012. Kanser Usus dan Dubur.http:/www.myhealth.gov.my/index.php/kanser-usus-a-dubur. 12 April 2015.

Azimathol Hawariah Lope Pihie. 1998. Memahami Kanser. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bruce Miller. 2006. Kanser Payudara. Petaling Jaya: OAK Enterprise.

Fauziah Ibrahim, Norulhida Sarnon, Khadijah Alavi, Mohd Suhaimim, Noremy Md Akhir & Salinan Nen. 2012. MemperkasaPengetahuan Agama dalam Rancangan Remaja Bermasalah Tingkah Laku: Ke Arah Pembentukan Akhlak Remaja Sejahtera. Journal of Social Science and Humanities 7: 84-93.

Al-Ghazali, Abu Hamid MUuhammad. 1993. Mauizah al-Mu’minin min ihya Ulum al-Din. Ptrj Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad. 2000. Rawdah al-Talibinwa ‘Umdah al-Salikin. Beirut: Dar al-Nahdah al-Hadisah.

Hamdani Bakran Adz-Dzaky.M. 2001. Psikoterapi dan Kaunseling Islam: Penerapan Metode Sufistik. Yogjakarta: Fajar Pustaka Baru.4.

Ibnu Qayyim al-Jawziyyah. 2005. Kaedah-Kaedah Rawatan Penyakit Hati Fiqh Tasawwuf. Terj Harun al-Rasyid Tuskan. Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.

Lina Mardiana. 2007. Kanker Pada Wanita. Indonesia: Niaga Swadaya.

Lokman Abdul Hamid. 2013. Perubatan al-Quran Rawatan Kanser. Kuala Lumpur: Mustread Sdn Bhd.

Md Tahir Azhar. 1994. Rawatan Kanser Serviks. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Nor Daud. 2011. Mencari Redha Allah SWT. Kelantan: F To F Printing Enterprise.

Mohd Kamel Idris. 2011. Mencari Kesejahteraan Minda, Emosi dan Fizikal. Selangor: MKI Publishing.

Mohd Rushdan Md Noor. 2008. Kanser Wanita Pencegahan Dan Rawatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Mostafa Kamal. 2010. The Concept Of Human Soul InAsrar al-Insan Fi M a’rifat al-Ruh Wa al-Rahman Lynn By Nur al-Din al- Raniri: A Critical Examination.Disertation International Islamic: University Malaysia.

Najati, Muhammad Uthman. 1992. Al-Quran waIlm al-Nafs. Cet ke-5. Beirut: Dar al-Shuruq.

Noresah Baharom .2010. Kamus Dewan Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nurul Shahira Ab Wahab. 2015. Kefahaman Konsep Redha Dalam Kalangan Pesakit Knaser Wanita di Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Spesialist Damansara. Bangi: UKM.

Rahnama, Mozhgan, Khoshknab, Masoud, Maddah, Sadat Seyed & Ahmadi Fazlollah. 2012. Iranan Cancer Patient’s Perception of Spiritually: A Qualitative Content Analysis Study. Bio Med Central Ltd.

Sabri Abdul Rahman. 1999. Konsep Perubatan Islam: Falsafah dan Amalan Dalam Konsep Dan Operasi Perubatan Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Said Hawwa. 2002. Mensucikan Jiwa: Konsep Tazkiyyah al-Nafs Terpadu. Terj Aunur Rafiq Shaleh Tamhid. Jakarta: Robbani Press.

Salasiah Hanim Hamjah. 2008. Pendekatan Dakwah al-Irsyad al-Nafsy Menurut al-Ghazali. Satu Kajian di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan: Universiti Sains Malaysia.

Usman Sa’id Sarqawi. 2002. Zikir itu Nikmat. Ptrj H.Cocop Alba. Bandung: PT Remaja Rosdakarya


Refbacks

  • Saat ini tidak ada refbacks.


ISSN No: 2338-512X
e-ISSN No: 2477-619X

Supported by :


Jurnal Online
Management Jurnal Elektronik



Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah
Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia




Indexed by :