Hadith dalam Manuskrip Umdat Al-Muhtajin Ila Suluk Maslak Al-Mufridin

Wan Alauddin Wan Yusof, Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Mohd Syukri Yeoh Abdullah, Afriyanto Afriyanto

Sari


Manuskrip Umdat al-Muhtajin Ila Suluk Maslak al-Mufridin (Kod No. 09/NKI/YPAH/92) adalah sebuah karya agung mufti Kerajaan Aceh Darussalam pada abad ke 17M, iaitu Shaykh Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili. Manuskrip ini membicarakan tentang panduan perjalanan rohani seorang salik yang ingin menuju kepada Allah s.w.t dengan bersumberkan nas-nas al-Qur’an dan juga hadith-hadith Nabi s.a.w. Sungguhpun begitu, hadith-hadith yang diungkap tersebut tidak dinyatakan sumber bagi status dan kualitinya. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk meneliti hadith-hadith yang di guna oleh Shaykh Abdul Rauf ketika menulis karyanya Umdat al-Muhtajin agar nilai akademik manuskrip ini terserlah di kalangan masyarakat Alam Melayu. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan. Proses pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan metode pentakhrijan hadith. Dapatan kajian telah mendapati bahawa kebanyakan hadith yang terdapat di dalam manuskrip ini adalah maqbul dan boleh di gunakan sebagai dalil dan hujah. Sekiranya hadith tersebut adalah daif sekalipun ia tetap dibolehkan untuk beramal dengannya kerana setengah ulama telah membenarkan beramalnya secara bersyarat, dan jika didapati shawahid bagi hadith tersebut, statusnya akan terangkat kepada hasan li ghairih. Sehubungan itu, manuskrip ini adalah amat sesuai untuk tatapan awam dan juga sebagai bahan kajian dan penyelidikan para pengkaji.

Kata Kunci


Al-Muhtajin Ila Suluk Maslak Al-Mufridin

Teks Lengkap:

PDF

Referensi


Al-Quran Al-Karim

Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hambal bin Hilal bin Asad al-Shaibani. 1999. Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal. Tahq: Shuaib al-Arnut & Adil Murshid. Bayrut: Muassasah al-Risalah.

Abu Dawud, Sulayman bin al-Ashcat bin Ishaq bin Bashir bin Shidad bin 'Amru al-Azdy al-Sajistaniyy. 2009. Sunan Abi Dawud. Taqh: Shucaib al-Arnaut & Muhammad Kamil Qurrah Bilaly. T.tt: Dar al-Risalah al-cAlamiyyah.

Abu Zakariya Muhyi al-Din Yahya bin Sharf al-Nawawi. 2004. al-Adzkar lil Nawawi. al-Jaffan wa al-Jaby. Dar Ibn Hazim.

Ahamad Asmadi Sakat. 2014. “Manhaj Ulama Dalam Berinteraksi Dengan Hadith-hadith Da'if dan Palsu” Perbentangan Ilmiah, Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.

Fairuzah Basri, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Salmah Ahmad. 2011. “Pernaskahan manuskrip 'Umdat al-Muhtajin ila Suluk Maslak al-Mufridin”. Prosiding Kolokium Siswazah Institut Alam dan Tamadun Melayu Bangi: (ATMA) UKM.

Ibn Hibban, Muhammad bin Hibban bin Ahmad bin Hibban bin Mucaz bin Ma'bad, al-Tamimi, Abu Hatim, al-Darimi, al-Busti. 1987. al-Ihsan Fi Taqrib Sahih Ibn Hibban. Tahq: Shuaib al-Arnut. Bayrut: Muassasah al-Risalah.

Ibn Majah, Abu 'Abd Allah Muhammad bin Yazid al-Qazwaini. 2009. Sunan Ibn Majah. tahq: Shu'aib al-Arnaut Cet Pertama. T.tt: Dar al-Risalah al-'Alamiyyah.

Muhammad bin Isma'il bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Bukhary. 1997. Sahih al-adab al-Mufrad lil Imam al-Bukhary. Tahq: Muhammad Nasir al-Din al-Albani. Cetakan Ke-4. T.tt: Dar al-Siddiq.

Mohd Syukri Yeoh Abdullah, Mohammad Fadzeli Jaafar, Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Salmah Ahmad. 2015. 'Umdat al-Muhtajin Panduan Perjalanan Rohani Masyarakat Alam Melayu. Cetakan Pertama. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.


Refbacks

  • Saat ini tidak ada refbacks.


ISSN No: 2338-512X
e-ISSN No: 2477-619X

Supported by :


Jurnal Online
Management Jurnal Elektronik



Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah
Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia




Indexed by :