Penggunaan Kata Pelita, Tambang dan Tewas dalam Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Melayu di Indonesia

Harry Ramza, Rusdi Abdullah

Sari


Tidak dapat dibezakan secara keterlaluan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia dengan alasan bahawa bahasa Melayu yang diguna pakai sebagai bahasa kebangsaan Indonesia iaitu bahasa Melayu yang dipertuturkan di negeri Riau (merupakan bahasa Melayu Tinggi atau bahasa Melayu Standar atau bahasa Melayu Piawai ) dan telah ditemukan bukti-bukti konkrit sejarah tentang asal-usul bahasa Melayu pada tulisan di batu tulis di daerah Sumatera Selatan dan Hulu Jambi (Hamidy 1981; Collins & Almanar 2005). Kecuali dengan pernyataan yang lebih khusus mengenai perbezaan ini, barulah boleh dengan nyata perbezaan ini boleh diserlahkan. Sebagai contoh, perbezaan bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia (Karim 1997). Dua bahasa itu meskipun berakar daripada bahasa Melayu yang sama iaitu bahasa Melayu dari tanah Sumatera, mereka memiliki latar belakang sejarah dan perlakuan yang berbeza daripada segi tatabahasa, kedinamisan, dan kosakata (Hamidy 1981). Perbezaan itu secara garis besar dapat dipaparkan sebagai berikut; a. Dari latar belakang penjajahan asing boleh dikatakan bahawa bahasa Indonesia lebih meminjam bahasa Belanda sedangkan bahasa Malaysia lebih meminjam bahasa Inggeris. b. Dari segi perlakuan, kedua-dua bahasa tersebut diperlakukan sesuai dengan aturan kebahasaan di negara masing-masing, namun ada perhimpunan yang mengatur bahasa Melayu yang dipanggil dengan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM)(Jawatankuasa_Istilah 1978). Perbezaan makna ini dibentuk atas penuturan yang menjadi kelaziman suatu kampung, negeri atau negara (Bodmer. 1985), sedangkan dalam segi tertulis tidak terbentuk perbedaan yang ketara sebab makna yang ada dalam bahasa Malaysia juga sebenarnya ada dalam bahasa Indonesia (makna bahasa Melayu dalam tiap daerah di Indonesia beragam mengingat banyaknya dialek bahasa Melayu di Indonesia). Pengaruh bahasa Melayu Kuno masih tetap berpengaruh terhadap bahasa Melayu yang ada di pelbagai tempat kepulauan Melayu Nusantara (Kozok 2006)

Teks Lengkap:

PDF (English)

Referensi


. Aiyub. 1999. Struktur bahasa Melayu dialek Panai (Proyek Pembinaan Bahasa dan Sastra Indonesia dan Daerah Pusat) Ed. ke-1. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa (P3B), Departemen Pendidikan dan Kebudayaan RI.

. Bodmer., F. 1985. The Loom of Language: An Approach to the Mastery of Many Languages. L. T. Hogben. Ed. ke-1. W W Norton & Company Incorporated.

. Chirikba, V. A. 2008. The problem of the Caucasian Sprachbund. Dlm. P. Muysken (pnyt.). Ed. From Linguistic Areas to Areal Linguistics; 90. hlm. 293. Philadelphia: John Benjamins Publishing Company.

. Collins, J. T. & A. E. Almanar. 2005. Bahasa Melayu bahasa dunia: sejarah singkat Ed. ke-1. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.

. Dahlan, S. 1990. Struktur bahasa Melayu Riau dialek Pasir Pangaraian (Proyek Pembinaan Bahasa dan Sastra Indonesia dan Daerah Pusat) Ed. ke-1. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa (P3B), Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, RI.

. Editor, T. 1991. Kamus Besar Bahasa Indonesia; Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Indonesia. Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia Ed. ke-3. Jakarta: Balai Pustaka.

. Editor, T. 2010. Wawasan: Bahasa Melayu Salah Satu Bahasa Utama Dunia Ed. ke-1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

. Editors, E. B. 2013. Arabic alphabet; Encyclopedia Britannica online. http://global.britannica.com/EBchecked/ topic/31666/Arabic-alphabet [30 March 2013].

. Effendy, O. 1994. Ilmu Komunikasi: Teori dan Praktek Ed. ke-1. Bandung: Remaja Rosdakarya.

. Hamidy, U. U. 1981. Bahasa Melayu Riau: sumbangan bahasa Melayu Riau kepada bahasa dan bangsa Indonesia Ed. ke-1. Riau: Pustaka AS.

. Jawatankuasa_Istilah. 1978. Istilah Kejuruteraan, Bahasa Inggeris-bahasa Malaysia Ed. Kuala Lumpur: Pusat Bahasa Melayu, Universiti Malaya.

. Karim, N. S. 1997. Tatabahasa Dewan Ed. ke-Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

. Koentjaraningrat. 1986. Pengantar ilmu antropologi Ed. ke-1. Jakarta: Aksara Baru.

. Kozok, U. 2006. Kitab Undang-undang Tanjung Tanah: naskah Melayu yang tertua Ed. ke-1. Jakarta: Yayasan Naskah Nusantara : Yayasan Obor Indonesia.

. Marcus, A. S. & P. Benedanto. 2001. Kesastraan Melayu Tionghoa dan kebangsaan Indonesia; Ed. 3. Jakarta: Kepustakaan Populer Gramedia.

. Mulyana, D. 2005. Ilmu Komunikasi: Suatu Pengantar Ed. ke-1. Bandung: Remaja Rosdakarya.


Refbacks

  • »


ISSN No: 2338-512X
e-ISSN No: 2477-619X

Supported by :


Jurnal Online
Management Jurnal Elektronik



Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah
Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia




Indexed by :