Pembinaan Modul Kerohanian Model Al-Muhasibi (MKAM) dalam Merawat Al-Nafs di Pusat Pemulihan Akhlak

Norfadilah Binti Abdul Rahman, Faudzinaim Bin Hj Badaruddin

Sari


Kajian ini mengkaji tentang pembinaan Modul Kerohanian Berasaskan al-Muhasibi dalam Merawat al-Nafs di Pusat Pemulihan Akhlak. Ia mempunyai dua objektif iaitu memperkenalkan tasawuf al-Muhasibi sebagai model kerohanian dalam merawat al-Nafs dan mengemukakan Modul Kerohanian Berasaskan al-Muhasibi dalam merawat al-Nafs. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian campuran secara penerokaan meliputi teknik analisis kandungan melalui kajian kepustakaan serta kajian rintis untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan kandungan modul juga telah dilaksanakan. Metode kepustakaan adalah menganalisis karangan al-Muhasibi seperti al-Ricayah li huquq Allah, Risalah al-Mustarshidin, Al-Masa’il fi Amal al-Qulub wa al-Jawarih, al-Wasaya dan lain-lain. Proses kesahan kandungan adalah melibatkan empat orang panel pakar yang mempunyai bidang kepakaran, pengalaman dan kesesuaian dengan modul yang dibina. Manakala proses kebolehpercayaan modul telah melibatkan tiga puluh orang pelatih Pusat Pemulihan Akhlak yang telah mengikuti semua aktiviti dalam modul kerohanian al-Muhasibi. Dapatan analisis kandungan model al-Muhasibi dalam merawat al-Nafs adalah menghasilkan enam konstruk utama iaitu mengenal hakikat diri insan, mengenal jiwa insan, penyahan sifat mazmumah jiwa, penerapan sifat asas mahmudah jiwa, penyucian jiwa secara bertahap melalui al-Maqamat dan pengukuhan jiwa suci. Hasil kesahan pakar kandungan modul mendapati aktiviti dan kandungan modul kerohanian berasaskan al-Muhasibi adalah sesuai digunakan kepada kumpulan sasaran. Bacaan nilai pekali kebolehpercayaan keseluruhan modul ini adalah tinggi iaitu alpha cronbach 0.878. Hal ini menunjukkan bahawa modul ini boleh digunakan sebagai modul bimbingan. Kajian ini menyimpulkan bahawa satu modul bimbingan melalui pendekatan tasawuf yang komprehensif boleh dijadikan panduan kepada kaunselor dan guru pembimbing dalam merancang aktiviti-aktiviti bimbingan pelatih.

Kata Kunci


modul kerohanian; al-Muhasibi; Pusat Pemulihan Akhlak

Teks Lengkap:

PDF

Referensi


Al-Quran al-Karim & terjemahan.

Arena Che Kasim. 2000. Pembangunan manusia menurut islam dan barat: Satu analisis teoritikal. Disertasi Sarjana. Jabatan Psikologi Dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fadilah Mohammad Nawawi. 2012. Latihan Ilmiah: Masalah gejala sosial di salah sebuah Daerah Negeri Sembilan. UTM

Mohd Nasir Omar. 2005. Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur. Utusan Publications Sdn Bhd.

Mohd Shacrani Ahmad. 2003. Psikologi Pembangunan Manusia. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Mohd Sulaiman Yasin. 1992. Akhlak dan Tasawuf. Bangi: Yayasan Salman.

Mohd Sulaiman Yasin. 1980. Mengenal Ilmu Tasawuf. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

al-Muhasibi, Abi cAbd Allah Harith. Tahqiq cAbd al-Qadir Ahmad cAta’. 2003. al-Wasaya. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiah.

al-Muhasibi, Abu cAbd Allah Harith. Tahqiq cAbd al-Qadir Ahmad cAta’. 1990. al-Ricayah li Huquq Allah. Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiah.

al-Muhasibi, Abu cAbd Allah Harith. Tahqiq cAbd al-Fatah Abu Ghadah. 1988. Risalah al-Mustarsyidin. Kaherah: Dar al-Salam.

al-Muhasibi, Abu cAbd Allah Harith. Tahqiq: Khalil cImran Mansur. 2000. Al-Masa’il fi cAmal al-Qulub wa al-Jawarih. Kaherah: Dar Kutub al-Ilmiah.

al-Muhasibi, Abu cAbd Allah Harith. Tahqiq: Majdi Fathi Sayyid. 1991. Bad’ Man Anaba ila Allah. Kaherah: Dar al-Salam.

Sidek Mohd Noah & Jamaluddin Ahmad. 2005. Pembinaan Modul: Bagaimana membina modul latihan dan modul akademik. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Zakaria Stapa . 1999. Akidah dan Akhlak dalam Kehidupan Muslim. Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributor.


Refbacks

  • Saat ini tidak ada refbacks.


ISSN No: 2338-512X
e-ISSN No: 2477-619X

Supported by :


Jurnal Online
Management Jurnal Elektronik



Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah
Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia




Indexed by :